怡保城市摩哆集团推介综合公寓 Alfa Bangsar
7th Feb 2022
4th Feb 2022 | Source: www.hmetro.com.my
Petaling Jaya: Malaysia berhasrat untuk mempercepatkan proses menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung bekalan pekerja asing bagi sektor pembinaan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata hal tersebut telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada mesyuarat Kabinet semalam.
“Memang kita ada memohon supaya KSM dan KDN dapat memuktamadkan secepat mungkin supaya pekerja asing boleh mula datang semula kerana kita ketika ini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja.
“Kedua-dua menteri (KSM dan KDN) akan pergi ke Indonesia untuk menyelesaikan beberapa isu yang masih belum dapat dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Alfa Bangsar dan pembukaan Galeri Jualan projek itu, di sini, hari ini.
Fadillah berkata antara cabaran terbesar bagi kemasukan pekerja asing adalah pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan juga Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang mana syarikat pembinaan harus menyediakan tempat penginapan.
“Untuk mengadakan tapak kediaman pekerja yang kekal menjadi satu cabaran kepada pihak industri terutamanya syarikat kecil sektor pembinaan.
“Oleh itu kerajaan mencadangkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan untuk membantu menerusi ‘Construction Labours Programme’ di mana anak syarikatnya akan menyediakan tapak penginapan,” katanya.
Fadillah berkata permeteraian MoU bersama Indonesia sepatutnya dijadualkan pada Februari tahun ini sambil memaklumkan bahawa MoU bagi tujuan yang sama bersama Myanmar telah berjaya dimuktamadkan.
Katanya satu pengumuman berhubung kait dengan kemasukan pekerja asing akan dibuat oleh KSM dalam masa terdekat.
7th Feb 2022
7th Feb 2022
Kompleks Wan Kien
No. 50, Jalan Penchala, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor.
Lot 30442, Jalan Cempaka 6, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Pemaju: SRI SELTRA SDN. BHD. 197501001446 (23300-T) • Lesen Pemaju: 1071-4/09-2023/0700(L) • Tempoh Sah: 01/10/2021-30/09/2023 • Permit Penjualan Dan Pengiklanan: 1071-4/09-2023/0700(P) • Tempoh Sah: 01/10/2021- 30/09/2023 • Pihak Berkuasa Yang Meluluskan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur • Pelan Pembangunan Yang Disahkan: BP S1 OSC 2020 0076 • Tarikh Pemajuan Dijangka Siap Bagi Tempoh: Julai 2024 • Jenis Pegangan: Kekal • Bebanan Tanah: Tiada • Jenis Premis: Pangsapuri Servis • Jumlah Unit: 178 • Harga Jualan: RM963,000.00 (min) • RM1,684,000.00 (maks) • Luas Binaan: Jenis A: 570 k.p.s • Jenis B: 856 k.p.s • Jenis C: 689 k.p.s • Jenis D: 711 k.p.s • Jenis E: 997 k.p.s • Bumiputra Diskaun: 5% • Sekatan-sekatan Kepentingan: Tiada
IKLAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA
A DEVELOPMENT BY CITY MOTORS GROUP | © ALFA BANGSAR. ALL RIGHTS RESERVED. | DISCLAIMER
Sri Seltra Sdn. Bhd. Lot 30442, Jalan Cempaka 6, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Pemaju: SRI SELTRA SDN. BHD. 197501001446 (23300-T) • Lesen Pemaju: 1071-4/09-2023/0700(L) • Tempoh Sah: 01/10/2021-30/09/2023 • Permit Penjualan Dan Pengiklanan: 1071-4/09-2023/0700(P) • Tempoh Sah: 01/10/2021- 30/09/2023 • Pihak Berkuasa Yang Meluluskan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur • Pelan Pembangunan Yang Disahkan: BP S1 OSC 2020 0076 • Tarikh Pemajuan Dijangka Siap Bagi Tempoh: Julai 2024 • Jenis Pegangan: Kekal • Bebanan Tanah: Tiada • Jenis Premis: Pangsapuri Servis • Jumlah Unit: 178 • Harga Jualan: RM963,000.00 (min) • RM1,684,000.00 (maks) • Luas Binaan: Jenis A: 570 k.p.s • Jenis B: 856 k.p.s • Jenis C: 689 k.p.s • Jenis D: 711 k.p.s • Jenis E: 997 k.p.s • Bumiputra Diskaun: 5% • Sekatan-sekatan Kepentingan: Tiada
IKLAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA
A DEVELOPMENT BY CITY MOTORS GROUP | © ALFA BANGSAR. ALL RIGHTS RESERVED. |
DISCLAIMER